KUALA LUMPUR – Jumlah deposit yang diterima oleh Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunjukkan angka yang positif kerana keyakinan pendeposit tetap kekal utuh walaupun institusi itu mengumumkan hibah yang rendah bagi tahun 2018. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, prospek TH yang cerah, tadbir urus lebih baik, tiada lagi aset kurang berdaya saing, serta jaminan kerajaan merupakan antara faktor-faktor yang menyokong keyakinan pendeposit untuk…










