KUALA LUMPUR 1 April – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menganjurkan Kempen Beli Produk Muslim dalam usaha meningkatkan ekonomi dan pendapatan umat Islam selain menikamti jaminan produk halal. Program yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 2 petang esok itu akan dilancarkan oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Hashim Salleh di Menara Kuala Lumpur, di sini. Kempen tersebut dijayakan dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad, Gerakan Tunai Zakat, Pusat Pungutan Zakat, Hijrah Water dan Lembaga Zakat Selangor. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya