KEJOHANAN Badminton Jemputan Universiti Putra Malaysia (UPM) berlangsung meriah semalam apabila berjaya menarik lapan pasukan dari sekitar Lembah Klang. Kejohanan yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan UPM itu disertai lapan pasukan termasuk Kelab Badminton (KB) Tarantula, KB Putra, Bangi Shuttlers, S8 Shuttler, Harimau Desa Racquet dan KB Friday Night. Pengarah Program Kejohanan, Chan Kok Lun mengakui penganjuran kejohanan tersebut mencapai objektif apabila berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah. “Kejohanan ini…










