KUALA LUMPUR 2 April – Pentingkan diri sendiri.
Itu gambaran tepat bagi seorang pemandu sebuah kereta Honda Jazz yang tanpa segan silu mencuci keretanya dekat ruang pam minyak di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran dalam akaun Twitter milik Hilmi Adi Ruzaini (@HilmiAdi), dia sempat merakam gelagat pemandu itu mencuci kereta dan tanpa segan silu menggunakan tong air dan pengelap cermin milik stesen minyak tersebut.
“Dia basuh keseluruhan bahagian keretanya dengan menggunakan pengelap cermin dan mengisi tong air sebanyak tiga kali untuk bilas.
“Tindakan sedemikian menyebabkan lantai dekat kawasan itu basah dan berlecak,” katanya.

Lebih teruk lagi, pemandu terbabit dipercayai tidak mengisi minyak meskipun menggunakan peralatan milik stesen untuk mencuci keretanya. – UTUSAN ONLINE











