JAKARTA – Beribu-ribu anggota keselamatan yang terdiri daripada polis, Tentera Indonesia (TNI) dan pegawai-pegawai ketenteraman awam (Satpol PP) dikerah untuk mengawasi rali terbuka terakhir calon Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) di Jakarta petang semalam, diikuti dengan debat Presiden lewat petang. Menurut laporan thejakartapost.com, sebanyak empat peringkat keselamatan ditetapkan bagi rali terbuka itu, iaitu perhimpunan terbesar untuk Jokowi dan calon gandingan, Ma’ruf Amin. Jurucakap Polis…









