“Aku jadi semakin senak di sanggar sendiri, Neknda.” Tuknda berhiba mencanang elergi di dalam hati. Sudah berdekad keturunannya mendiami lahan bertuah ini. pelbagai rencah kehidupan yang dilalui. Alhamdulillah segalanya mampu dirintis pejuang bangsa terdahulu. Membina empayar gah ke serata benua beriring darah dan air mata. “Ini zaman mereka, anak-anak IT sudah punya gagasan sendiri, tidak mengapalah,” seperti selalunya Neknda memang sedia beralah. Sikap toleransi yang tinggi begitulah yang menjadi antara…










