KUALA LUMPUR 28 April – Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim berjaya mengekalkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Olahraga Perak (PAA) selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Manjung, Perak hari ini. Pemilihan Karim sebagai Presiden PAA bagi penggal 2019 hingga 2022 itu membolehkan beliau mengekalkan jawatan berkenaan buat kali ketiga berturut-turut. Kata Karim, tumpuannya kini adalah untuk terus membantu olahraga Perak meningkat naik selain…










