SERDANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami detik cemas apabila kakinya tersepit pada sebuah eskalator pusat beli-belah di Seri Kembangan di sini petang semalam. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian tersebut pada pukul 5.34 petang. “Sepasukan anggota dan sebuah jentera dikerahkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang ke lokasi kejadian di tingkat dua di pusat beli-belah itu. “Setibanya di lokasi, anggota…










