Jutawan ditangkap curi barangan bernilai AS$300 - Utusan Malaysia

Jutawan ditangkap curi barangan bernilai AS$300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE, Florida – Seorang jutawan yang baru membeli Pulau Thompson berharga AS$8 juta (RM33 juta) pada minggu lalu ditahan polis kerana disyaki mencuri beberapa jenis barangan daripada sebuah pusat beli-belah, menurut akhbar Mirror Daily yang memetik laporan akhbar Miami Herald.

Andrew Francis Lippi, 59, disyaki mencuri pembancuh kopi jenis Keurig dan Hamilton Beach, lapan biji mentol dan set cadar berjumlah AS$300 (RM1,240) dari pusat beli-belah Kmart.

Jutawan itu dituduh membeli barangan, mengeluarkan daripada kotak, menukar produk asal kepada barangan lain sebelum memulangkan ‘barangan dibeli’ untuk mendapatkan wang bayaran balik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lippi berjaya dihubungi Miami Herald, namun dia menafikan tuduhan itu dan enggan mengulas lanjut.

“Secara asasnya, ia mengenai pertikaian komersial. Ia sangat rumit dan saya tidak akan mengulas lanjut,” katanya.

Jutawan itu didakwa memberitahu polis bahawa dia tidak menukar barangan tersebut. Lippi dibebaskan daripada Pusat Tahanan Pulau Stock dan dijangka hadir ke mahkamah minggu hadapan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini