Jurutera awam kanan JKR direman buat tuntutan palsu - Utusan Malaysia

Jurutera awam kanan JKR direman buat tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Tiga penjawat awam termasuk jurutera awam kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM26,756 yang didakwa berlaku pada tahun lalu.

Perintah tahanan reman terhadap jurutera wanita berusia 50 tahun serta dua lelaki yang merupakan pembantu tadbir kewangan dan pembantu kemahiran masing-masing berusia 46 dan 34 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Noor Lyana Ab. Rahim.

Ketiga-tiga suspek bertugas di Unit JKR Tentera negeri Kedah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut direman bagi kes sama ialah seorang lelaki berusia 37 tahun yang merupakan kontraktor di sebuah syarikat penyedia latihan.

Menurut sumber, tiga penjawat awam dan kontraktor itu ditahan ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di sini kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

“Mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam membuat tuntutan palsu bernilai RM19,950 dan RM6,806 berkaitan Projek Perkhidmatan Latihan Kakitangan – Kursus Pemasangan Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal (Kediaman dan Komersial Ringan).

“Tuntutan itu didakwa dilakukan antara Mei hingga Oktober tahun lalu sedangkan projek dan kursus untuk kakitangan JKR dan orang awam tersebut tidak dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini