COLOMBO 23 April – Jumlah kematian dalam beberapa siri serangan letupan hotel dan gereja di sini meningkat kepada 310 orang dengan 500 dilaporkan cedera.
Beberapa orang dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami ketika serangan itu.
Menurut jurucakap polis, Ruwan Gunasekera, 40 orang suspek yang mempunyai kaitan dengan serangan itu sudah ditahan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











