Jin Wei, V Shem-Wee Kiong terkandas - Utusan Malaysia

Jin Wei, V Shem-Wee Kiong terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 April – Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei dan beregu lelaki profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menjadi mangsa terbaharu pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia selepas tersingkir dalam pusingan kedua, hari ini.

Jin Wei yang berada pada ranking ke-26 dunia, tewas kepada pemain bukan pilihan dari Thailand, Pormpawee Chocuwong yang berada di kedudukan No. 21 dunia dengan keputusan 16-21, 21-12, 10-21, sekali gus, menamatkan perjuangan negara dalam acara perseorangan wanita.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, V Shem-Wee Kiong tewas kepada pilihan ketiga dari Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 21-10, 13-21, 9-21 dan ia merupakan kekalahan kesembilan mereka daripada 12 pertemuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, satu lagi pasangan profesional, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen gagal ke suku akhir selepas tewas kepada juara dunia dua kali dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 18-21, 12-21. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini