KUALA LUMPUR – Pasukan ranking ke-32 dunia, Itali terus mencipta kejutan pada Final Siri Hoki Dunia dengan kali ini mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Brazil dalam aksi kedua Kumpulan B di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi. Negara ranking paling rendah kejohanan itu kini sudah mengutip enam mata selepas terdahulu mengejutkan pasukan No. 14 dunia, China 2-0 sewaktu aksi pembukaan pada Jumaat lalu. Penyerang Gli Azzurri, Julian Montone muncul…










