JAKARTA 4 April – Indonesia mungkin menutup Pulau Komodo buat sementara waktu sebagai langkah untuk mengurangkan cubaan penyeludupan haram biawak gergasi itu. Cadangan penutupan yang masih menunggu kelulusan itu mungkin dilaksanakan pada 2020, namun tidak melibatkan beberapa pulau lain yang berhampiran. Pulau Komodo menempatkan kira-kira 2,300 biawak komodo yang boleh membesar shingga tiga meter panjang dan mencapai berat sehingga 90 kilogram. – AFP










