BENCANA pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini memberi cerminan jelas bahawa tahap kesedaran masyarakat di pelbagai peringkat masih lagi berada pada tahap yang sangat rendah dan membimbangkan. Apabila bencana seumpama ini berlaku, pastinya sedikit sebanyak mencalarkan imej dan mengundang persepsi negatif terhadap peranan badan-badan berkaitan pengurusan alam sekitar yang terlibat di negara ini. Antara persoalan yang pastinya timbul adalah membabitkan kelemahan dari sudut penguatkuasaan dan pemantauan badan-badan alam sekitar terlibat. Kejadian yang lepas usah dikenang, sebaliknya jadikan ia sebagai iktibar dan pedoman untuk kita memperbaiki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya