Ibrahim Norrodin tamatkan saingan tempat ketiga SuperSports 600cc - Utusan Malaysia

Ibrahim Norrodin tamatkan saingan tempat ketiga SuperSports 600cc

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelumba muda negara, Mohd. Ibrahim Mohd. Norrodin tidak mensia-siakan peluang yang diberikan kepadanya ketika beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) apabila berjaya menamatkan saingan tempat ketiga SuperSports 600cc di Litar The Bend Motorsport Park hari ini.

Pada saingan tersebut, Ibrahim yang ditugaskan untuk menggantikan tempat abangnya, Adam Norrodin buat sementara waktu bersama pasukan SIC Junior Racing Team di Australia beraksi dengan cemerlang ketika memacu jentera Yamaha R6.

Penampilan sulung Ibrahim ternyata luar biasa apabila berjaya menempah petak pertama selepas merekodkan masa terpantas pada sesi kelayakan, bagaimanapun pelumba kelahiran Muar, Johor tersebut tidak berupaya mengekalkan aksi terbaik apabila dipintas pelumba Thiland, Peerapong Boonlert untuk muncul juara dan Andi Farid Izdihar (Indonesia) di kedudukan kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada perlumbaan kedua saya bermula dengan baik tetapi saya tidak berupaya untuk mengekalkan saingan dihadapan. Peerapong berjaya memintas saya dan ketika itu saya cuba untuk mengejar kembali tetapi jentera saya tidak mampu untuk melakukannya. 

“Selepas itu, keadaan tayar juga sudah mula hilang cengkaman dan saya terpaksa memilih untuk mengekalkan penamat di kedudukan podium. Terima kasih kepada krew pasukan menyediakan jentera terbaik, walaupun sebagai pelumba gantian ia sudah cukup memberi kenangan terbaik pada tahun ini,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Seorang lagi pelumba negara, Ahmad Afif Amran turut mencatat keputusan terbaik apabila menamatkan saingan di kedudukan keempat dan ikuti Azroy Hakeem Anuar tempat kelima.

Dalam pada itu, dalam saingan ASB1000, Zaqhwan Zaidi terlepas untuk menaiki podium apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat dan Azlan Shah Kamaruzaman menamatkan saingan di tempat kelima. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini