KUALA LUMPUR – Malaysia tetap berpeluang ke separuh akhir meskipun terikat seri 4-4 dalam satu lagi perlawanan menghiburkan pada aksi kedua Kumpulan B Final Siri Hoki Dunia di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi. Skuad hoki negara terpaksa akur sekadar mengutip satu mata selepas kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan gol pada 10 minit terakhir perlawanan itu. Empat gol Malaysia dijaringkan Mohd. Fitri Saari (m-4), Muhammad Firhan Ashari (m-34) dan…










