Herrera setuju secara lisan sertai PSG - Utusan Malaysia

Herrera setuju secara lisan sertai PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 27 April – Bintang Manchester United, Ander Herrera dilaporkan sudah memberi persetujuan secara lisan untuk menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Paris Saint Germain (PSG) menerusi perpindahan secara percuma pada musim panas ini.

Media Sepanyol, AS melaporkan, pemain berusia 29 tahun yang memainkan peranan penting sejak menyertai The Red Devils pada 2014 dari Athletic Bilbao gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Ole Gunnar Solskjaer dan kontraknya akan tamat pada hujung musim ini.

Menurut laporan tersebut, Herrera telah memberi persetujuan secara lisan untuk menyertai PSG bagi menggantikan Adrien Rabiot yang menolak tawaran untuk menyambung kontraknya bersama gergasi Ligue 1 itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedudukan Rabiot sangat jelas bahawa dia tidak akan beraksi bersama PSG musim hadapan dan pengurusan tertinggi PSG percaya bahawa Herrera adalah pengganti terbaik untuk pemain itu.

Dalam perkembangan sama, Athletic Bilbao sedang memujuk pemain tengah Sepanyol itu untuk kembali bersama mereka tetapi tidak mampu menandingi gaji yang ditawarkan PSG.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini