KAMPAR 6 April – Pihak penganjur Gopeng Ultra Trail menafikan terlibat dengan ‘Misi Ke-15 Mencari Md Ashraf Secara Besar-Besaran’ di kawasan tapak perkhemahan Gua Tempurung pada hari ini. Pengarah Acaranya, Muhammad Irwan Yusuf berkata, pihaknya telah memaklumkan penafian itu di laman sosial Facebook tetapi ramai menyangka misi itu dianjurkan oleh pihaknya selepas ia ditularkan dalam laman sosial. “Orang kampung pun sebenarnya sudah merasakan privasi mereka terganggu apabila terlampau ramai orang…










