Gempa bumi 6.3 skala Richter landa Samar, Filipina - Utusan Malaysia

Gempa bumi 6.3 skala Richter landa Samar, Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Richter berlaku di Samar, Filipina pada 1.37 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, gempa tersebut berlaku 29 kilometer (km) Timur dari Kepulauan Samar, Filipina.

Gempa dengan kedalaman 88km itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, media melaporkan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter, yang melanda wilayah Zambales di Pulau Luzon, Filipina petang semalam.

Beberapa kawasan turut terjejas termasuk Metro Manila, Bulacan, Batangas, Bataan, Pampanga, Baquio City, Cabanatuan City, Palayan City, Gapan City, Santo Domingo and Talavera, Nueva Ecija Baler dan Aurora.

Dalam pada itu, Kementerian Luar hari ini mengesahkan setakat ini, tiada laporan tentang rakyat Malaysia yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda Pulau Luzon. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini