KUALA LUMPUR 29 April – FGV Holdings Bhd. (FGV) menandatangani perjanjian induk (HoA) dengan PLS Plantation Bhd. (PLS) bagi pembangunan perladangan tanaman jangka pendek terutamanya durian. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, kerjasama itu sebahagian daripada perancangan strategik kumpulan untuk menambah nilai tanah-tanah tidak produktif disebabkan tidak sesuai untuk penanaman sawit dan menerokai pendapatan tambahan dengan meningkatkan peratusan tanaman jangka pendek. Katanya, sektor logistik dan perniagaan…










