KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu telah menahan 10 individu termasuk enam penjawat awam dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini. Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan berkata, enam penjawat awam itu ditangkap kerana disyaki menerima suapan dan salah guna kuasa. “Pemantauan terhadap agensi kerajaan ini akan terus dilaksanakan, tapi secara umumnya elemen rasuah di pejabat kerajaan di Terengganu sama ada negeri atau persekutuan masih dalam keadaan…










