Datuk Seri ditangkap khalwat bukan Fizz Fairuz - Utusan Malaysia

Datuk Seri ditangkap khalwat bukan Fizz Fairuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) mengesahkan lelaki yang ditangkap berkhalwat bersama pasangannya di sebuah calet Pulau Perhentian, Besut pada awal bulan ini bukanlah pelakon, Datuk Fizz Fairuz seperti yang ditularkan.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguat Kuasa JHEAT, Nik Zulhaiza Ismail berkata, individu bergelar Datuk Seri berusia 40 tahun terbabit bukanlah artis seperti yang diperkatakan.

“Lelaki yang ditahan bersama wanita berusia 32 tahun dalam operasi bersepadu di sebuah calet di Pulau Perhentian, Besut pada 5 April lalu bukanlah artis atau pelakon dan mereka hanya­lah pasangan biasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Begitu pun, JHEAT tidak akan mendedahkan identiti mereka yang ditahan atas tuduhan berkhalwat itu kerana ia me­nyalahi prosedur operasi stan­dard ditetapkan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ikuti cerita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini