KOTA BHARU 29 April – Pertemuan dua jaguh Muaythai dunia di antara Che Pol M-150 menentang Walib Otmane ( Algeria) dari Bangkok Muaythai Gym bakal menggegarkan Kejohanan Boxing Amal Come Back Ronie Tinted 2019 di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Pekan Tumpat malam esok. Kejohanan julung kali anjuran M-150 Muaythai & Sports dengan kerjasama Ronie Tinted dan Persatuan Sukan Boxing Negeri Kelantan (PSBNK) itu dijangka menarik kehadiran lebih 10,000 penonton.…










