PUTRAJAYA 15 April – China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) bersetuju membayar balik sebahagian daripada RM3.1 bilion bayaran pendahuluan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, bayaran pendahuluan itu untuk kerja-kerja yang telah dibuat untuk Fasa 2, Laluan Kembar dan Jaringan Tambahan Utara atau ‘Northern Extension’ di bawah kontrak asal. Perdana Menteri berkata, bayaran pertama berjumlah RM500 juta akan dibuat dalam tempoh seminggu bermula 12 April…










