KUALA LUMPUR 29 April (- Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi, diheret turun oleh sebahagian saham mewah berkaitan indeks yang mengalami kerugian, diketuai Dutch Lady. Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.31 peratus atau 5.04 mata kepada 1,633.34 berbanding 1,638.38 pada penutupan Jumaat. Selepas dibuka 1.08 mata lebih kukuh pada 1,637.30, indeks tempatan bergerak antara 1,631.83 dan 1,637.49 di sepanjang sesi…










