KUCHING, 28 April- Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) tidak berpuas hati dengan tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenakan hukuman pemotongan sebanyak 50 peratus daripada geran tahunan pasukan itu dalam saingan Liga Perdana tahun ini. Presiden FAS, Datuk Posa Majais hari ini berkata ia bukan soal kewangan FAS tetapi masa dan pendekatan yang digunakan MFL dalam menangani isu itu pada pertengahan musim. Sarawak adalah antara tujuh pasukan dikenakan tindakan tersebut…










