Budak tercekik makan ayam goreng berbulu - Utusan Malaysia

Budak tercekik makan ayam goreng berbulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING, China – Seorang wanita ‘hilang kepercayaan’ terhadap restoran makanan segera McDonald’s selepas anak perempuannya tercekik dan memuntahkan gumpalan bulu ayam selepas memakan kepak ayam goreng di kediaman mereka di sini baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Wanita yang dikenali sebagai Zhou mendakwa, dia tidak sedar bahawa makanan itu masih ada bulu pelepah yang belum dicarik keluar. Perkara itu terdedah selepas anak perempuannya memakan kepak ayam goreng ketiga dan muntah.

Zhou membuat aduan berhubung perkara itu di restoran McDonald’s dan penyelia premis menawarkan ganti rugi 10 kali ganda harga kepak ayam dan tambahan 300 yuan (RM180). Pelanggan itu enggan menerima pampasan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa pun yang anak saya makan sekarang, dia akan muntah,” katanya kepada akhbar Beijing News. Zhou tidak membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan selepas mendapati mangsa tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Orang ramai mengecam kejadian itu dan mendesak syarikat makanan segera itu dikenakan tindakan. McDonald’s memohon maaf dan mengesahkan menyiasat perkara itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini