BAKU 29 April – Kesungguhan yang ditunjukkan Valtteri Bottas sejak awal perlumbaan membolehkan pemandu Mercedes itu mengetepikan rakan sepasukan, Lewis Hamilton untuk menjuarai Grand Prix Formula Satu Azerbaijan hari ini. Dalam perlumbaan penuh dramatik itu, Bottas melepasi garisan penamatkan dengan 1.5 saat mengatasi Hamilton, sekali gus membolehkan Mercedes mendominasi kedudukan 1-2 buat kali keempat berturut-turut. Kemenangan kedua Bottas musim ini membolehkan dia mendahului kedudukan keseluruhan pemandu dunia dengan 87 mata,…










