LONDON 6 April – Boeing dilaporkan mengurangkan sementara pengeluaran pesawat model 737 berikutan nahas yang berlaku di Ethiopia dan Indonesia. Menurut kenyataan Boeing yang dipetik oleh BBC, pengeluaran akan menurun daripada 52 pesawat sebulan kepada 42 sahaja bermula pertengahan bulan ini. Keputusan itu dibuat susulan desakan agar pesawat model 737 MAX dihentikan pengeluarannya sebelum ini. Pesawat berkenaan digantung operasi selepas siasatan awal mendapati sistem anti pegunnya tidak berfungsi dengan baik. – AGENSI










