AWANG menyifatkan keputusan kerajaan menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) adalah kejayaan rakyat dalam usaha mempertahankan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. Seperti mana dinyatakan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk Majlis Raja-Raja. Walaupun Perdana Menteri menegaskan tindakan menarik diri bukan kerana ia buruk kepada negara tetapi disebabkan kekeliruan oleh pihak tertentu, namun rakyat mempunyai pandangan berbeza. Awang…










