PENDEDAHAN Kementerian Komunikasi dan Multimedia semalam bahawa dalam tempoh tiga bulan sebanyak RM67.6 juta kerugian dicatatkan bagi jenayah siber adalah sesuatu yang membimbangkan. Jumlah itu berdasarkan kepada 2, 207 aduan yang direkodkan di seluruh negara. Selain itu jumlah kerugian tertinggi yang dicatatkan ialah RM26.8 juta. Statistik kementerian itu menunjukkan jenayah siber tidak boleh dipandang ringan. Dari semasa ke semasa, ia semakin meningkat dan seolah-olah sudah menjadi ancaman terbaru kepada rakyat.…










