AWANG menyokong penuh cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan sebagai penyelesaian terakhir bagi menangani segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan pelbagai pihak untuk menyalahkan satu sama lain dalam kemelut Lembaga Tabung Haji. RCI bagi Awang adalah jalan terbaik kerana sejak Tabung Haji mengumumkan pengagihan hibah sebanyak 1.25 %, pelbagai spekulasi dan tuduhan bergema sehingga menyebabkan rakyat khususnya umat Islam menjadi…










