TOKYO 25 April – Mahkamah Jepun membenarkan bekas peneraju Nissan Motor Co, Carlos Ghosn diikat jamin sebanyak AS$4.5 juta (RM18.6 juta).
Ghosn menghadapi empat pertuduhan termasuklah menyembunyikan sebahagian gajinya daripada pemegang saham dan pemalsuan dana Nissan untuk kegunaan peribadinya.
Pendakwa raya segera membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah terbabit, menangguhkan pembebasannya tetapi stesen penyiar NHK berkata beliau boleh dibebaskan dari pusat tahanan ‘seawal hari ini’.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ghosn sebelum ini menafikan semua tuduhan terhadapnya. – AFP










