KLANG 29 April – Majlis Perbandaran Klang (MPK) menolak sebanyak 26 permohonan peniaga ekoran kegagalan mematuhi peraturan disediakan dan melakukan pelbagai kesalahan pada Bazar Ramadan Jalan Taiping tahun lepas. Selain permohonan mereka ditolak, MPK juga mengambil tindakan dengan menyenarai hitam kesemua peniaga terbabit selama dua tahun. Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, tujuan tindakan tersebut adalah untuk mendidik para peniaga untuk lebih berdisiplin dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh…










