POKOK SENA 4 April – Berpantang maut sebelum ajal. Demikian peribahasa yang boleh digambarkan terhadap seorang bayi perempuan yang nyaris dihempap sebatang kayu alang bumbung rumah yang jatuh akibat kejadian ribut di Kampung Baru Sungai Durian, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, bayi terbabit, Nur Anisa Faiha yang berusia tiga bulan sedang nyenyak tidur di bahagian tengah rumah sementara ibunya sedang memasak di dapur. Menceritakan semula…










