KUALA LUMPUR 27 April – Pengguna sudah lali dengan alasan para peniaga yang bertindak sesuka hati menaikkan harga barang keperluan saban tahun terutama apabila tiba musim perayaan. Alasan paling klise dan acap kali diberikan peniaga adalah pembekal atau pemborong telah menaikkan harga bekalan, justeru tindakan yang sama perlu dilakukan terhadap pengguna untuk mendapat sedikit keuntungan. Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, kenaikan harga…










