Atletico tidak gagal - Simeone - Utusan Malaysia

Atletico tidak gagal – Simeone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 27 April – Diego Simeone menegaskan bahawa mengakhiri saingan La Liga kedudukan kedua bukan satu kegagalan buat Atletico Madrid kerana mereka bejaya membuktikan pasukan itu mampu menjadi pencabar Barcelona dan Real Madrid.

Atletico membuktikan mereka pencabar terhebat Barcelona musim ini tetapi skuad kendalian Ernesto Valverde itu kini semakin hampir mempertahankan kejuaraan.

Skuad kendalian Simeone itu berjaya mengatasi Real dengan kelebihan enam mata selepas Los Bloncos gagal meraih tiga mata ketika berdepan Getafe.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak berasakan ia mengecewakan atau melihatnya sebagai suatu kegagalan.

“Kami perlu mempamerkan aksi lebih cemerlang dan dalam tempoh lebih tujuh tahun kami sentiasa berusaha untuk merangkul kejuaraan.

“Setiap pemain telah berusaha untuk mencapai ke tahap ini dan membuktikan Atletico turut mampu bersaing mengejar gelaran La Liga,” kata Simeone.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini