WOLVERHAMPTON 25 April – Unai Emery enggan mengaku kalah walaupun harapan Arsenal untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara musim depan semakin tipis apabila skuad kendaliannya itu diaibkan dengan kekalahan 1-3 kepada Wolves dalam aksi liga di Molineux, semalam. Tiga jaringan Wolves dihasilkan Ruben Neves, Matt Doherty dan Diogo Joto sekali gus memberi kekalahan ketiga kepada The Gunners dalam empat aksi liga, menyukarkan misi Arsenal menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL)…










