MARANG 27 April – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menubuhkan 49 Pasukan Penyelamat Pantai (Lifeguard) di seluruh negara bagi menjaga keselamatan orang awam ketika melakukan aktiviti di air. Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Roslan Wahab berkata pasukan itu dianggotai oleh anggota sukarela APM yang telah dilatih oleh pegawai bertauliah mengikut piawaian antarabangsa bagi tujuan penyelarasan prosedur penyelamatan. Beliau berkata, Pulau Langkawi memiliki paling ramai pasukan penyelamat memandangkan lokasi tersebut menjadi tumpuan…










