KUALA LUMPUR 2 April – Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) dinobat sebagai penerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2018 yang bakal berlangsung 10 April ini. Anugerah Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2018 Setiausaha SAM, Ahmed Faisal Jamal berkata faktor kredibiliti kepimpinan, kejayaan yang diraih serta kegigihan mempertingkat mutu sukan pelayaran melayakkan MYA untuk merangkul anugerah tersebut. “Anugerah tersebut layak diberikan kepada MYA pada tahun…










