AME2019: Anak Aliff Syukri si cilik MeleTop - Utusan Malaysia

AME2019: Anak Aliff Syukri si cilik MeleTop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL – Yusoff Al Qadrawi anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman merangkul trofi Si Cilik MeleTop dalam Anugerah MeleTop Era (AME) 2019 di Axiata Arena Bukit Jalil di sini hari ini.

Kemenangan Yusoff itu sekali gus menepis empat lagi pesaing yang juga anak kepada pasangan selebriti yang turut tercalon dalam anugerah yang sama.

Alif Syukri berkata, dia tidak menyangka kemenangan pada malam ini berikutan saingan Yusof Al Qadrawi dalam anugerah yang sama merupakan anak kepada selebriti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak sangka sebenarnya Yusof menang pada malam ini. Sewaktu dicalonkan kami telah bersyukur kerana secara suka-suka berkongsi mengenai anak saban hari.

“Terima kasih kepada pengundi yang menyayangi anak saya,” katanya.

Yusof Al Qadrawi, sembilan bulan merupakan anak bongsu kepada pasangan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida Mohd. Rashid.

Dalam kategori Si Cilik MeleTop, Yusof Al Qadrawi mengenepikan pesaing seperti Lara Alana (Scha Alyahya dan Awal Ashaari), Aqeef Anaqi (Amyra Rosli dan Amar Baharin), Jebat Ayden (Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila) serta Syeriv Samheizy (Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin). K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini