Alliance Bank, Zurich tawar produk takaful & insurans - Utusan Malaysia

Alliance Bank, Zurich tawar produk takaful & insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 April – Alliance Bank Malaysia Bhd. dan Alliance Islamic Bank Bhd., menandatangani perjanjian eksklusif bankasurans dan bakatakaful untuk tempoh selama 15 tahun dengan Zurinch Insurance Malaysia Bhd. dan Zurich General Takaful Malaysia Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Bank, Joel Kornreich berkata, perjanjian itu menyaksikan Aliance Bank dan Alliance Islamic Bank mengukuhkan lagi kedudukannya dalam memberikan kemudahan kewangan kepada kedua-dua segmen individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Katanya, bermula 1 Mei ini, kedua-dua produk takaful dan insurans di bawah Zurich akan ditawarkan oleh Alliance Bank di kesemua 81 buah cawangannya di seluruh negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini sekali gus dapat meningkatkan kadar penembusan insurans dan takaful di Malaysia kerana kami percaya potensi pasaran yang ada cukup besar,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamik Bank, Rizal Il-Ehzan Fadil Azim; Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Insurance Malaysia Bhd., David Fike dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful Malaysia Bhd., Zuhairi Ismail. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini