KUALA LUMPUR 28 April – Perenang remaja Johor, Alicia Li terus cemerlang merangkul pingat emas ketiganya dalam acara kuak dada pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini. Perenang berusia 15 tahun itu mencatat kepantasan 32.83 saat untuk meraih emas acara 50 meter kuak dada, 0.02 saat meninggalkan pesaingnya Natalie Kan Kan dari Hong Kong. Angelina Chan dari Selangor menduduki tempat ketiga dengan masa 33.88s.…










