Air Selangor siap siaga gerak aset dan bantuan kepada pelanggan terjejas - Utusan Malaysia

Air Selangor siap siaga gerak aset dan bantuan kepada pelanggan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 April- Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. ahli Kumpulan Air Selangor, membuat persediaan serta persiapan menghadapi gangguan bekalan air berjadual bagi pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air (LRA ) SSP2 pada 24 April ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. Abdul Raof Ahmad berkata, sebanyak 82 lori tangki air serta 17 lori tangki jumbo akan digerakkan sepanjang tempoh gangguan bekalan dengan keutamaan bagi kecemasan dan premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan sebagainya.

“Selain itu juga, sebanyak 10 buah Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan diaktifkan bermula pada pukul 8 pagi, 26 April bagi memberikan bantuan kepada pelangan-pelangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 106 buah tangki statik akan ditempatkan di premis – premis kritikal serta lokasi-lokasi strategik selain penyediaan sebanyak sembilan lokasi pili–pili air awam bagi kegunaan pelanggan yang terjejas,” menurutnya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, kerjasama semua pelanggan yang terjejas sepanjang tempoh henti tugas dan gangguan bekalan air berjadual ini amatlah dihargai.

Mereka juga boleh melayari laman web rasmi di www.syabas.com.my, Facebook “Air Selangor”, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor, yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store, untuk maklumat kawasan dan status yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini