IPOH 29 April – Jenazah ibu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Khairiah Kampung Kepayang, Fair Park di sini hari ini. Terdahulu, jenazah Allahyarham Datin Zaliha Nordin, 79, dibawa dari Kediaman Rasmi Menteri Besar dan tiba di Masjid Al-Khairiah di sini untuk disembahyangkan kira-kira pukul 10.15 pagi. Ahmad Faizal mengimamkan sendiri solat jenazah sementara doa dibacakan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Abdul Farid…










