342 kekosongan penjawat awam di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

342 kekosongan penjawat awam di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 29 April – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini diberitahu bahawa kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam sedia ada.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sehingga bulan lalu, tidak ada kakitangan awam di negeri ini yang telah ditamatkan perkhidmatannya.

“Bagi tahun ini, kerajaan negeri bercadang untuk membuat pengambilan baharu berjumlah 342 orang bagi mengisi pelbagai gred dan skim berdasarkan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan negeri tertakluk dengan proses dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),” katanya

Aminuddin (PKR-Sikamat) berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (BN-Gemencheh) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri akan mengurangkan jumlah kakitangan awam dan berapa ramai yang telah ditamatkan perkhidmatan.

Menjawab soalan tambahan daripada Mohd. Isam mengenai tindakan kepada kakitangan awam yang mengkritik kerajaan, Aminuddin memberitahu, para penjawat awam tertakluk kepada peraturan yang dikenakan terhadap perkhidmatan masing-masing.

“Kerajaan berharap mereka sedar mengenai had yang telah ditetapkan dalam perjawatan masing-masing,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini