LONDON 27 April – Manchester City meletakkan standard baharu kepada Liga Perdana Inggeris dengan setiap pasukan yang ingin mencabar mereka musim hadapan perlu menyasarkan sekurang-kurangnya 100 mata, kata Pep Guardiola. City menjadi pasukan pertama untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan rekod 100 mata musim lalu dan berkemungkinan akan menamatkan saingan dengan 98 mata musim ini sekiranya menang baki tiga perlawanan terakhir. Pencabar kejuaraan, Liverpool akan menamatkan saingan dengan 97 mata…










