JOHOR BAHRU 22 April – Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene di sini sebentar tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah sebagai Exco mengikut portfolio masing-masing adalah seperti berikut:
1. Aminolhuda Hassan – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi
2. Dr. Dzulkefly Ahmad – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia
3. Liow Chai Tung – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
4. Jimmy Puah Wee Tse – Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti
5. Mohd. Khuzzan Abu Bakar – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan
6. Dr. S. Ramakrishnan – Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
7. Sheikh Umar Bagharib Ali – Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi
8. Tosrin Jarvanthi – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar
9. Tan Cheng Choon – Pemgerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar
10. Mohd. Solihan Badri – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur
Tosrin, Cheng Choon dan Mohd. Solihan merupakan muka baharu yang mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan ADUN Skudai, Tan Hong Pin.

Pada majlis sama, Sultan Johor berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal.
Dr. Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-17 pada 14 April lalu. – UTUSAN ONLINE











