Warga emas maut dilanggar ketika melintas jalan - Utusan Malaysia

Warga emas maut dilanggar ketika melintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 16 Mac – Seorang wanita warga emas maut setelah dilanggar oleh sebuah motosikal semasa melintas jalan di Kilometer 70.1, Jalan Alor Setar-Butterworth, Tikam Batu di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, mangsa, Ramlah Abdul, 73, dari Kampung Bukit Lalang, di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian itu melibatkan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang seorang lelaki dari arah Butterworth yang kemudian telah melanggar mangsa yang sedang berjalan kaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penunggang motosikal dipercayai tidak sempat menekan brek motosikal kerana jarak yang terlalu dekat dan terus melanggar mangsa. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Adzli, mayat mangsa telah dihantar Ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

“Siasatan lanjut mengenai kemalangan itu masih lagi dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, jenazah Ramlah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pulau Sepom, Tikam Batu di sini, kira-kira pukul 12 tengahari hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini